Press coverage in Kosmo!Online – Varia

Click here to see the full article

RAMAI wanita menyukai senaman tarian gelek kerana kelebihannya dalam menguat otot perut sekali gus mencantikkan penampilan keseluruhan tubuh.

TARIAN gelek yang bermula sejak 6,000 tahun pada zaman Mesopotamia (Turki) seringkali disalah tafsir kerana gaya pemakaian menjolok mata dan pergerakan yang mengghairahkan.

Bagaimanapun, tarian gelek sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dalam membantu wanita membentuk susuk tubuh dan mengempiskan perut mereka.

Pusat kecergasan Celebrity Fitness, 1 Utama, Petaling Jaya, tidak mahu ketinggalan memberi pendedahan asas mengenai gerak langkah tarian gelek dengan mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 3 Julai hingga 5 Julai lalu.

Bengkel tersebut yang turut disertai peserta luar negara seperti Singapura, Filipina, Taiwan, Indonesia, China, Thailand dan banyak lagi dikendalikan oleh pakar tarian Sepanyol dan klasik Argentina, Angeles Cayunao, 37.

Angeles berkata, tarian gelek banyak memberi manfaat kepada mereka yang melakukan senaman tersebut termasuk mempertingkatkan postur dan menguatkan otot.

“Individu yang mengamalkan gerakan tarian gelek juga akan melihat kesan secara fizikal di bahagian perut dan kaki.

“Ini kerana gerakan dalam tarian ini menyebabkan otot di bahagian itu bergerak mengikut rentak dikehendaki,” katanya yang pernah menjadi juri tarian gelek di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Angeles menambah, tarian gelek boleh disamakan dengan melakukan senamrobik kerana kedua-duanya memerlukan tenaga yang banyak dalam setiap langkah dilakukan.

Katanya, masih ada perbezaan di antara kedua-dua senaman itu kerana tarian gelek memerlukan daya tahan dan kekuatan otot yang tinggi.

“Tarian gelek merupakan antara cabang yang terdapat dalam tarian Arab selain fusion dan folklore. Setiap negara memiliki gaya tersendiri dalam melakukan tarian gelek lantaran mengikut variasi kebudayaan masing-masing.

“Pergerakan, muzik dan adat resam turut memainkan peranan kerana setiap negara berbeza sama sekali dan itu antara keunikan dalam tarian gelek yang boleh menggabungkan semua dalam satu tarian,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho berkata, pihaknya sentiasa menganjurkan bengkel dan aktiviti menarik untuk ahli-ahlinya demi memastikan mereka sentiasa teruja melakukan senaman.

“Penganjuran bengkel antarabangsa sebegini tentu sekali akan memberi kepuasan kepada ahli-ahli dan orang ramai yang menyertainya. Kami berbesar hati kerana terdapat ramai peserta dan penari antarabangsa mengambil bahagian dalam bengkel kali ni,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>